Menu
Villa Nabila Keluaran dan sambutanVilla Nabila telah ditayangkan di 70 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura dan ditayangkan kepada umum pada 15 Januari 2015. Ia juga telah ditayangkan di Marché du Film sempena Festival Filem Cannes 2015.[21] Filem ini juga telah dipertontonkan di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Catalonia (SITGES) 2015 di Barcelona, Sepanyol pada 9 Oktober 2015, ia menjadi satu-satunya filem Asia yang menyertai SITGES.[22]
Filem ini mengumpul kutipan RM 350 ribu selepas dua hari tayangan.[23] Dalam tempoh enam hari tayangan, Villa Nabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.[24] Filem ini berjaya mengumpul kutipan akhir sebanyak RM 2.8 juta pada minggu terakhir tayangan.[25]
Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Portal hiburan Ohbulan.my mengulas filem ini sebagai "Genius!"[26] Ajami Hashim dari portal hiburan Rotikaya.com memberi 4 biji Rotikaya.[27] Suhaimi Suib dari portal hiburan SkorBintang.com pula memuji sinematografi dan kesan bunyi filem ini tetapi kecewa dengan mutu lakonan para pelakon.[28] Harian Metro pula memuji mood seram yang berjaya ditonjolkan oleh Syafiq Yusof.[29]
Menu
Villa Nabila Keluaran dan sambutanBerkaitan
Villarreal CF Villa Nabila Villasis Villanueva Villaviciosa, Abra Villaba Villano de las Encartaciones Villareal, Samar Villaverde VillaturielRujukan
WikiPedia: Villa Nabila http://mynewshub.cc/2015/01/18/datuk-yusof-haslam-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-lak... http://beautifulnara.com/david-teo-bakal-filemkan-... http://www.guatv.com/2013/11/budak-hilang-selepas-... http://www.imdb.com/title/tt5699652/ http://malaysianreview.com/32117/kes-villa-nabila-... http://malaysianreview.com/96142/filem-villa-nabil... http://www.rotikaya.com/david-teo-rancang-terbitka... http://www.rotikaya.com/villa-nabila-lagenda-hantu... http://www.skorbintang.com/filem/villa-nabila-2015...